Saturday 15 December 2012

SAKSI DI MAHKAMAH


Saksi adalah satu aspek penting perjalanan proses Mahkamah. Mereka memberi maklumat mengenai satu-satu kes kepada Mahkamah. Mereka memberitahu Mahkamah selepas mengangkat sumpah. Mereka dikatakan memberi “keterangan”. Keterangan bersumpah mereka menjadi bahan bukti dalam kes itu. 
Mereka di”saman” ke Mahkamah Saman demikian kadang-kadang juga digelar “sapina”. Ini adalah contoh “Saman kepada Saksi” dalam kes jenayah. Ini adalah satu contoh sapina dalam kes Sivil. Menghadiri Mahkamah sebagai saksi adalah tanggungjawab di sisi undang-undang. Sapina dan Saman kepada saksi hendaklah disampaikan kediri saksi itu, dan bukan melalui tampal didepan pintu rumahnya atau kepada ahli keluarganya atau diiklankan dalam surat khabar. Saksi yang diserahkan dengan sapina hendaklah mengaku penerimaannya dikeratan dan ini menjadi bukti penyerahan.


Bilakah anda dijadikan saksi?
Terdapat beberapa keadaan di mana anda boleh disaman supaya hadir Mahkamah sebagai saksi. Dalam semua keadaan anda mungkin disaman untuk:
(a)     mengemukakan dokumen atau exhibit tertentu yang ada dalam simpanan andan
(b)     memberi keterangan bersumpah
(c)     atau (a) dan (b) kedua-duanya

1. Dalam kes Jenayah, disaman oleh Mahkamah
(a)     atas permohonan pihak pendakwa supaya menjadi saksi menyokong kes mereka (dalam kes ini mungkin kenyataan telah pun dirakam daripada anda terlebih dahulu)
(b)     atas permohonan peguambela supaya menjadi saksi memihak kepada mereka (peguambela mungkin telah menemuramah anda sebelum itu)
2. Dalam kes-kes Sivil bagi pihak Plaintif atau Defendan atau Pihak Ketiga.
Kadang-kadang anda menjadi saksi tambahan sahaja, iaitu disapina dan ditawarkan sebagai saksi kepada pihak lawan tanpa disuroh memberi keterangan bagi pihak yang telah sapina anda. Terdapat juga kes-kes di mana kegagalan sesuatu pihak memanggil seorang saksi yang sepatutnya dipanggil, disangka burok oleh Mahkamah.
Panduan Prosedur



SAKSI TIDAK DAPAT HADIR KE MAHKAMAH

Seorang saksi yang telah menerima sapina tetapi menyedari bahawa beliau tidak dapat hadir pada tarikh bicara boleh menulis surat kepada Mahkamah lebih awal memberitahu seab-sebab tidak dapat hadir, mithalnya, akan berada diluar negara, menghadiri kursus, telah diwadkan dihospital dan sertakan bukti.

APABILA KES TIDAK DIJALANKAN

Kadang-kadang saksi telefon Mahkamah untuk tahu samada sesuatu kes yang dijadualkan akan jalan atau akan ditangguhkan. Kadang-kadang staf Mahkamah tahu dengan pasti ia tidak akan berjalan. Kadang-kadang tiada siapa yang tahu dengan pasti. Jika anda tidak dimaklumkan dan telah hadir pihak yang memanggil anda kena bayar elaun saksi kepada anda.

SAKSI TIDAK DAPAT KEBENARAN TETAPI GAGAL HADIR

Dalam kes jenayah jika saksi gagal hadir, dan kehadiran adalah penting, pihak pendakwa boleh menunjukkan bukti penyerahan dan mohon Mahkamah supaya mengeluarkan Waran Tangkap terhadap saksi untuk memaksa kehadirannya. Saksi juga boleh diikat jamin supaya hadir apabila ditangkap atau direman sehingga kes. Pihak yang mohon sapina terhadap saksi yang gagal hadir dalam kes sivil boleh mengambil tindakan terhadap saksi kerana Menghina Mahkamah kerana mengabaikan sapina.

TIDAK SEPATUTNYA DIJADIKAN SAKSI

Seorang saksi yang percaya beliau tiada keterangan matan untuk diberikan tetapi sengaja disusahkan dengan sapina boleh memfailkan satu permohonan rasmi kepada Mahkamah untuk dilepaskan sebagai saksi dan mengemukakan alasan-alasan kepercayaannya. Ini satu proses rumit dan anda mungkin perlu mengeluarkan perbelanjaan melantik peguam membuat permohonan ini. Ada orang pernah sengaja menyalahgunakan proses mahkamah untuk membalas dendam.

KAKITANGAN KERAJAAN SEBAGAI SAKSI

Anda mungkin seorang kakitangan kerajaan atau bukan. Jika anda seorang kakitangan kerajaan dan anda telah dipanggil menjadi saksi untuk memberi keterangan menyokong kerajaan dalam satu kes di mana kerajaan adalah satu pihak, atau menyokong pihak pendakwa, elaun saksi anda akan dibayar ke dalam akaun “Hasil” (Kumpulan Wang Persekutuan Yang diSatukan) dan nombor resit akan dicatitkan di kaki sapina. Pada hujung bulan anda boleh mengisi borang Tuntutan Perjalanan biasa dan sertakan sapina tersebut sebagai bukti. Jika anda telah menghadiri Mahkamah anda dianggap telah menjalankan tugas rasmi. Kadar tuntutan perjalanan, elaun harian, kadar petrol dan sebagainya semua terpakai. Juga apabila anda hadir di Mahkamah jangan lupa untuk mendapatkan endorsmen di atas sapina bahawa anda telah hadir. Ada Mahkamah menggunakan cop getah yang berbunyi “saksi telah hadir pada 8.30 pagi hari ini untuk case ini".

SAKSI SEORANG BUKAN KAKITANGAN KERAJAAN

Jika anda ukan seorang kakitangan kerajaan dan anda telah disaman sebagai saki oleh pihak pendakwa anda boleh minta dan isikan borang tuntutan oleh saksi daripada polis Mahkamah. Mereka mungkin hantar cek kepada alamat anda.
Dalam kes-kes sivil apabila sapina diminta dikeluarkan pihak yang minta hendaklah kemukakan bayaran elaun saksi yang secukupnya untuk saksi datang, hadir, berada di Mahkamah. Jika tidak sapina tidak akan dikeluarkan. [Aturan Kaedah KKMR 1980 – KKMT 1980]  Jika anda daripada luar stesen elaun saksi mngkin termasuk penginapan di hotel juga. Amalan berikut luas dipraktikkan oleh peguam-peguam: iaitu peguam mengakujanji untuk membayar saksi jika hadir Mahkamah dan Mahkamah mengeluarkan sapina atas akujanji itu. Apabila dikeluarkan, sekeping cek atas nama saksi dikepilkan dengan sapina dan diserahkan kepada saksi oleh peguam. Ada peguam talifon sahaja saksi suruh datang ke Mahkamah dan membayar tunai apabila saksi sampa di Mahkamah. Jika elaun saksi tidak mencukupi, terima dengan bantahan dan tulis kepada Mahkamah supaya  memerintah pihak itu supaya membayar kepada anda..

ENGGAN MENERIMA ATAU MENGELAKKAN PENYERAHAN SAPINA 

Jika anda seorang saksi yang penting dan anda enggan menerima sapina itu adalah satu kesalahan jenayah dan and boleh ditangkap dan dipenjaran sehingga anda telah memberi keterangan. Ada peruntukan penjara  saksi yang mengelak diri untuk menjadi saksi. Ada saksi dibayar sebanyak RM 150 untuk menghadiri dan memberi keterangan dalam kes-kes kemalangan oleh peguam pihak insuran. Perbelanjaan yang dialami oleh peguam sebagai elaun saksi dicampurkan dalam kos bagi mengendalikan kes itu dan ditolak apabila pihak insuran membayarnya.

SAKSI PIHAK PEMBELA DALAM KES JENAYAH

Dalam kes-kes jenayah pihak pembela hanya boleh memohon saman kepada saksi jika tertuduh dipanggil membela diri. Lihat seksyen Kanun Prosedur Jenayah. Saman Kepada Saksi pembela dalam kes jenayah dikeluarkan jika pemohon mengemukakan elaun saksi dengan permohonannya.

SAKSI SUKARELA

Sesiapa boleh secara sukarela menghadiri atas permintaan pihak sebagai saksi tanpa saman kepada saksi atau sapina. Sapina adalah untuk memaksa kehadiran saksi yang mungkin tidak akan hadir tanpanya. Majikan yang menghalang pekerja yang telah menerima sapina melakukan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan kerana menghina mahkamah. Majikan boleh memotong gaji pekerja yang tidak hadir, kerana pekerja jika menjadi saksi boleh mendapat elaun saksi.

ORANG YANG HADIR DI MAHKAMAH BOLEH DIJADIKAN SAKSI SEGERA [SEK 425 KPJ]

Pernah berlaku di mana orang awam yang melawat mahkamah walaupun tiada kenyataan diambil atau dipanggil dengan sapina dijadikan saksi serta merta. Ini dibenarkan d ibawah seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah.

KESUSAHAN DAN BAHAYA MENJADI SAKSI

Seorang saksi yang tibatiba belot dan memberi keterangan yang tidak menyokong pihak yang memanggilnya bertentangan dengan kenyataan terdahulu boleh dipatahkan kredibilitinya (impeachment). Saksi boleh ditukarkan jadi saksi musuh (hostile witness), dan boleh dituduh di Mahkamah untuk memberi keterangan palsu. Dengan pengetahuan memberi keterangan palsu adalah satu kesalahan.
Seorang saksi tidak perlu menjawab satu-satu soalan, dengan kebenaran mahkamah,  jika jawapan yang diberikan akan membahayakan dirinya. Beliau dilindungi di bawah sek. Akta Keterangan. Ada hakim yang bijak akan sampuk dan beritahu saksi supaa tidak perlu jawab jika tidak mahu. Seorang tidak boleh memberi keterangan terhadap pasangannya dalam kes jenayah kecuali kes masalah keluarga antara mereka. Seorang peguam tidak boleh membongkarkan apa yang anakguamnya beritahu mengenai kesalahan kecuali kesalahan itu belum dilaksanakan dan hanya peringkat rancangan. Jurbahasa Mahkamah yang mendapat tahu apa-apa dalam menjalankan tugas juga dilindungi daripada membongkar maklumat di bawah sek. 126 Akta Keterangan.

Panduan Prosedur
Saksi-saksi yang tidak dilindungi tetapi enggan menjawab soalan boleh dipegang telah menghina mahkamah dan dipenjaran sehingga mereka menjawab soalan.

Saksi yang telah lupa apa yang mereka berkata dalam kenyataan terlibih dahulu boleh mengigatkan kembali dengan melihat kenyataan itu dengan kebenaran mahkamah.

Bukanlah semuanya buruk menjadi saksi. Hanya beritahu apa yang diketahui. Mudah. Peguam atau pihak-pihak dilarang menanya sembarangan soalan jika tidak berasas.  Ada orang cari jalan mudah dengan melepaskan diri dengan seawal-awal mengatakan mereka tidak nampak, dengar atau tak tahu. Mereka tidak pernah beri kenyataan dan tidak pernah menjadi saksi.

KOD ETIKA SOERANG SAKSI

Jika anda menjadi saksi sila hadir di Mahkamah, sila pastikan mahkamah yang betul seperti dicatit dalam sapina.  Hampiri mana-mana staf Mahkamah atau anggota polis Mahkamah yang akan beritahu anda Mahkamah manakah patut anda hadir. Prosiding mahkamah selalunya bermula jam 900 pagi dan pastikan anda telah sarapan pagi. Terdapat tandas dalam setiap bilik saksi. Jika anda perlu ke kantin mahkamah beritahu polis yang bertugas di Mahkamah atau saksi lain bahawa anda hendak pergi ke kantin supaya jika tiba giliran anda polis tahu mana hendak cari anda. Jika tidak sabar dan menanti giliran anda di Bilik Saksi.






4 comments:

  1. Salam Tuan..Saya telah menjadi sapina untuk satu kes kemalangan jalan raya dan telah hadir ke mahkamah sesyen kota bharu pada hari perbicaraan. Tetapi,lawyer hanya memberi RM150 untuk elaun saksi..bagi saya,jumlah itu terlalu sedikit malah tidak dapat menampung kos perjalanan saya dari Nilai Negeri Sembilan ke Kota Bharu dan pada masa yang sama saya terpaksa mengambil 3 hari cuti (annual leave) semata-mata untuk menghadirkan diri ke mahkamah.Bolehkah saya menuntut elaun tambahan @ jumlah yg sepatutnya dari pihak insurans saya?Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  2. selamat petang tuan...sya baru ni dpt call dr ipd serdang selangor mengatakan ada sapina tuk sya menjadi saksi bg kes 302kk...sedangkan sblm sapina d keluarkan sya da berpindah ke negeri asal sya sabah...sapina tersebut tuk hadir d mahkamah tinggi shah alam...dlm sapina d keluarkan sya tidak punya pendapatan tetap(tidak bekerja)justeru itu terasa sangat membebankan sya tuk hadir bicara...apa yg patut sya buat sedangkan sapina sya tak dpt/terima pd tangan sya...minta penjelasan tuan

    ReplyDelete