Keterangan terbaik
Bermaksud jika ada dua cara untuk
membuktikan satu perkara dan satu cara adalah lebih kukuh dari cara yang satu
lagi ,maka cara yang lebih kukuh hendaklah dipakai. Keterangan berdasar keadaan
tidak boleh dipakai sekiranya terdapat keterangan terus. Keterangan bahawa satu
pihak telah membenarkan satu perkara , maka keterangan dari pihak yang
membenarkanya hendaklah dipanggil bukan pihak lain sekiranya ada. Oleh kerana
itu keterangan yang hendak dikemukakan adalah keterangan terbaik yang tersedia.
Ciri keterangan terbaik telah berlaku
pada sekitar tahun 1699- 1700 (kurun ke 16 dan 17). Dalam kes Ford V Hopkins
Hakim Ho It berkata,
“ bukti terbaik sesuatu benda yang boleh diusaha diperlukan”(the
best proof that the nature of thing will afford is only required) bermaksud
hanya keterangan paling baik dapat diusahakan diperlukan.”
Pemakaian
prinsip terkemuka dalam sejarah berlaku dalam kes Omnychund v Barker [1974] 26 E.R 15 (ch) di mana Lord Hardwicke
berkata,
“Hakim dan orang yang waras dalam undang-undang telah membuat
satu peraturan umum keterangan – keterangan terbaik satu kes akan di
terima/dibenarkan”.
Nota
: Pada kurun ke 18 peraturan umum menolak keterangan dengar cakap, keterangan
secondary dokumen , dan pembuktian dokumen melaui saksi yang tidak layak.
Peraturan juga menolak keterangan dengar cakap sekiranya keterangan terus
tersedia. Peraturan keterangan sebenar (Real evidence) adalah keterangan
fizikal/objek hendaklah dikemukakan dan pendapat pakar mengenai tulisan dalam
dokumen hanya boleh diterima sekiranya penulisnya tidak dapat hadir di Mahkamah.
Peraturan masa kini (working rule)
Peraturan
masa kini dapat dilihat dalam dua kes berikut :
Chenie v Watson [1797]
“keterangan lisan mengenai alat pengukur ditolak oleh kerana
alat pengukur itu sendiri tidak dikemukakan.”
Williams
V East India Co [1802] 3
East 192
“tuntutan ganti rugi dibuat kerana
kapalnya rosak apabila dimasukkan kargo senang terbakar tanpa memberi notis.
Orang yang menerima kargo tidak dapat di panggil kerana telah mati, walau
bagaimanapun keterangan berdasarkan keadaan digunakan dan berjaya dikemukakan.
Tuntutan telah diketepikan oleh kerana plaintiff gagal memanggil pegawai yang
memasukkan kargo tersebut ke dalam kapal.”
Peraturan ini telah mendapat
kepentingan di England seawal tahun 1939 apabila hakim di England berkata
“adalah
jelas pada setiap orang, jika keadilan hendaklah dilakukan – langkah
berjaga-jaga tertinggi hendaklah diambil untuk melihat hanya keterangan terbaik
yang tersedia dikemukakan di mahkamah”.
Pada kurun 19 ,
doktrin yang dipakai dalam kes Chenie dan Wiliam tidak lagi dipakai. Peraturan
semula dilakukan dalam kes Garton v Hunter [1969]
1 ALL ER 45 apabila Lord Danning berkata
“Peraturan dulu telah lama berlalu . Peraturan itu seperti jika
dokumen asal disimpan oleh seseorang, dokumen itu hendaklah hendaklah
dikemukakan oleh orang tersebut dan dokumen mestilah yang asal bukannya
salinan. Tetapi masa kini kita tidak boleh terbatas (confine) kepada keterangan
terbaik. Kita menerima (admit) semua keterangan relevan dan menimbangnya (weight)
baik atau buruknya dan bukan aspek kebolehterimaan (admissibility)”
Dalam kes Kajala v Noble [1982] 75 Cr. Ap. R 149 hakim tidak bersetuju dengan
peraturan di atas (Lord Danning). Seorang lelaki telah dituduh memecah keamanan
dan keterangan dari salinan pita video telah digunakan untuk mengecam tertuduh.
Hanya salinan pita video digunakan sedangkan filem asal yang tersedia tidak
dikemukakan. Mahkamah memutuskan salinan pita video demikian tidak boleh
diterima.
Dalam
kes Wayte
[1983] 76 Cr. App. R 110
3 tuduhan dibuat kerana bersubahat melakukan pemalsuan. Dokumen
fotostat diterima sebagai keterangan dengan alasan dokumen asal telah hilang.
Diputuskan dokumen fotostat tidak boleh diterima sekiranya perjelasan memuaskan
tidak dapat diberikan mengapa dokumen asal tidak dapat dikemukakan. Keputusan
ini menolak kes Garton.
Dari
kes-kes di atas menunjukan peraturan terbaik mula tergugat di England.
Sejauh Mana Pemakaian Peraturan
Keterangan Terbaik Di Malaysia.
Bermula seawal tahun 1936. Dalam kes
How Chien V PP [1936] 1 JLR 114. Tertuduh diketepikan sabitan kerana
memiliki 40 paket rokok yang di seludup. Keputusan dibuat kerana pendakwa gagal
mengemukakan keterangan sebenar (real evidence) di Mahkamah. Sekiranya tidak
praktikal pendakwa hendaklah mengemukakan sebahagian darinya, gambar atau
keterangan lain yang membekalkan mahkamah ianya telah diperolehi secara wajar.
Untuk menyokong keputusannya hakim telah merujuk kes di England The Princess Julia [1936] 155 1 Times Rpt.263 yang
berbunyi,
“Adalah jelas pada semua orang, jika keadilan hendak dilakukan,
langkah berjaga-jaga tertinggi hendak diambil untuk melihat hanya keterangan
terbaik yang tersedia dikemukakan di mahkamah”
Dalam
kes Chai Ah
Son v R [1954] MLJ 217
adalah
tugas pendakwa untuk mengemukakan keterangan terbaik. Dalam kes ini beberapa
saksi dan dokumen pengakuan tertuduh yang terlibat dalam kes memiliki arak yang
diseludup tidak dikemukan oleh pendakwa. Hakim berkata seperti berikut,
“Samada tertuduh membuat pengakuan salah atau tidak, ianya masih
tugas pendakwa untuk memberi semua keterangan material kepada mahkamah dengan
syarat pendakwa tidak dipaksa untuk memanggil saksi memberi keterangan yang
dipercayai tidak benar atau menjadi tidak memihak. Jika saksi ini tidak
dipanggil ianya hendaklah tawarkan untuk pemereksaan balas kecuali pendakwa ada
alasan yang baik untuk tidak berbuat demikian”
Chow
Siew Who v PP [1967]
1 MLJ 228 FC
Mahkamah persukutuan mengenepikan sabitan
tertuduh atas kes bunuh kerana kegagalan pendakwa mengemukan keterangan terbaik
iaitu kenyataan simati yang dirakam dan kenyataan pengistiharan kematian (dying
declarations ) yang dibuat oleh simati kepada pegawai penyiasat.
Fakta
kes :
Pada 7/5/66 jam 8.30 malam simati
meninggalkan tempat kerjanya bersama dengan 3 rakan yang lain dan tiba-tiba
telah ditikam oleh seorang lelaki berbaju merah yang terus meninggalkan tempat
kejadian. Jeritan mangsa telah menarik perhatian majikannya Chong dan Phang. Chong
telah melihat lelaki berbaju merah melarikan diri. Walau baimanapun tidak
seorang pun dari mereka dapat mengecam indentiti lelaki berbaju merah. Simati
juga tidak memberi sebarang indentiti penyerang apabila ditanya oleh Chong.
Mangsa telah dimasukkan ke hospital
dan pada keesokan harinye telah memberitahu kepada pakcik dan abangnya bahawa
penyerang adalah tertuduh. PakCiknya mendakwa tidak mengenali tertuduh tetapi
abangnya mengenali tertuduh. Walau bagaimanpun lapuran mengenai indentiti
tertuduh hanya dirakam oleh pegawai penyiasat pada hari kesembilan selepas
kejadian dan mangsa meninggal dunia pada hari kesepuluh.
Semasa pembicaraan kenyataan mangsa
yang dirakam oleh pengawai penyiasat tidak dikemukakan sebagai keterangan dan
hanya dikemukakan adalah keterangan dari Pak Cik, abangnya, Chong ,Phang dan 3
rakan simati. Tertuduh menafikan ada menyerang simati, dia mengaku ada berjumpa
simati jam 8 malam dan selepas itu telah pergi ke hospital untuk rawatan sakit
perut. Mahkamah persukutuan memutuskan,
“pengeluaran
kenyataan simati adalah keterangan terbaik, tetapi tidak dikemukakan dan tidak
ada dalam rekod menunjukkan sebab ianya tidak dikemukakan. Oleh kerana
kenyataan ini tidak dikemukakan maka keterangan saksi lain adalah kedua
terbaik. Oleh itu keterangan mereka adalah terdedah kepada percanggahan
(contradiction ) dengan keterangan simati”
PP
V Lim Kuan Hock [1967] 2 MLJ 114
tertuduh
dibuang kes diketepikan kerana gagal mengemukakan keterangan terbaik .
Fakta
kes.
Tuduhan telah dibuat kerana
melakukan rompak besenjata dengan Kong Chye dan 2 yang lain. Keterangan kawad
cam telah diterima oleh hakim mahkamah sesyen yang mengendalikan kes ini bahawa
tertuduh yang terlibat semasa rompakan. Walau bagaimanapun semasa pembicaraan
tertuduh telah mengemukakan keterangan alibi dan mengemukakan seorang saksi
bahawa semasa kejadian beliau sepenoh masa bersama saksi tersebut .President
mahkamah seysen telah menerima keterangan tersebut dan membuang kes terhadap
tertuduh. Rayuan kemudian dibuat.
Diputuskan
tertuduh gagal memberi keterangan terbaik (best evidence) alibi . Keterangan
terbaik alibi tidak diuji. Kegagalan memanggil Kong Chye untuk ditimbang
kebolehpercayaan keterangan alibi tersebut , tertuduh seharusnya disabitkan dengan
kesalahan. Rakan yang melakukan jenayah bersama tertuduh iaitu Kong Chye tidak
dipanggil untuk mengesahkan penyataan alibi yang dibuat dan keterangan terbaik
tidak diberikan.
Nampaknya
dari 3 kes Malaysia di atas , makkamah tidak memberi komen tentang pengaruh
prinsip Peraturan Terbaik yang semakin menurun seperti di England. Cuma hakim
George Seah membuat satu kenyataan yang mempunyai merit,
“Nampaknya,
kecuali dalam kes keterangan dokumen, ada banyak perkara boleh katakan untuk
diambil ringan (relax) pada pemakaian peraturan keterangan terbaik.”
Peraturan keterangan terbaik masih
terpakai pada keterangan dokumen. Cross on Evidence berkata,
“Peraturan
yang masih tinggal adalah dokumen asal perlu dikemukakan untuk membukti
kandungannya dan kegagalannya mestilah dijelaskan. Seksen 64 dan 91 adalah di
dasarkan pada Peraturan Terbaik Keterangan dan pada keterangan dokumen ianya
mestilah digunakan dengan ketat (lihat seksen 61- 63 ).